Berita

Awas scammer jual topeng muka yang tidak wujud secara talian

POLIS Diraja Malaysia mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa penipuan jualan topeng muka yang tidak wujud secara dalam talian.

Laporan Facebook PDRM berkata, sejak Disember tahun lalu, negara kita telah terdedah kepada penularan wabak penyakit Novel Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan orang ramai untuk mengambil pelbagai langkah pencegahan serta kawalan infeksi, di antaranya dengan menggunakan topeng muka terutamanya semasa berada di luar dan kawasan tumpuan orang ramai.

Ekoran daripada itu, ramai yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan topeng muka dengan membuat pembelian dalam talian mahupun daripada orang persendirian. Sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka dalam talian yang tidak wujud.

Semak kesahihan dahulu dan ambil langkah dengan klik link di pautan portal SemakMule dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang dan jadilah pengguna yang bijak.

Elakkan anda menjadi mangsa seterusnya!

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button