Hiburan

DGrand Stage bantu penggiat seni

RAMAI yang sedia maklum bahawa penggiat seni antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Sedar dengan perkara itu, pemilik syarikat DGrand Stage tampil dengan satu idea untuk membantu golongan seni untuk terus memperoleh pendapatan.

Menurut pemiliknya, Faezatul Asyikin Anuar, pihaknya menyediakan kos sewaan alat muzik serendah RM1000 sahaja.

“Tujuan sebenarnya adalah untuk membantu artis dan band untuk belajar berniaga, dimana mereka selalu di jemput utuk membuat persembahan, tapi jarang sekali diberi peluang untuk berniaga.

“Oleh itu kita membuka peluang berniaga dengan konsep artis dan band perlu bertanya kepada penganjur dengan membawa sewa backline sendiri.

“Dengan cara ini artis berkebolehan untuk menambah pendapatan serta belajar berniaga,” katanya.

Menurut Faezatul Asyikin, tawaran ini hanya untuk artis , band, komposer dan penerbit muzik sahaja.

Malahkatanya, setiap tawaran hanya sehingga satu masa yang ditetapkan dan setiap artis diberi peluang satu atau dua kali untuk mendapatkan harga istimewa dan selebihnya atas perbincangan.

Bagi artis dan pemuzik bolehlah menghubungi talian hotline 0193445517 atau melalui email [email protected] .

Untuk sebarang maklumat lanjut pula boleh mengikuti facebook dan Instagram d grand stage atau melayari laman sesawang www.dgrandstage.com. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button