Depan cakap lain, belakang cakap lain – Shuib
BILA susah pun ada yang tak senang, bila kita senang pun tak puas hati.
Itulah lumrah bila kita menempa kejayaan sahaja, mulalah terserlah siapa sahabat sejati dan siapa pula yang pendengki.
Pelawak dan penyampai radio, Shuib antara yang meluah perasaan bagaimana rasanya bila diuji dengan orang yang dengki melihat kejayaannya.
Bermula sebagai seorang pelawak, Shuib kini boleh dikategorikan sebagai usahawan berjaya apabila mengemudi pelbagai cabang perniagaan di bawahnya.
Menurut Shuib, dia menyifatkan dugaannya kini berada di tahap yang luar biasa apatha lagi yang cemburu itu adalah orang disekelilingnya sendiri.
BACA> Rajin DIY, Aishah kini keluar produk sendiri
“Ada yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Saya pun tidak tahu apa motif dia sebenarnya buat begitu kepada saya.
“Memang saya kecewa dan itu yang saya luahkan dalam Instastory sebagai cara untuk melepaskan apa yang terbuku di hati.
“Saya juga ada bertanya dengan ustaz mengenai apa yang berlaku dan ustaz pun ada beritahu yang tidak semua akan suka bila kita berjaya.
“Itu adalah hukum alam dan kita kena terima. Selain itu adalah nasihat-nasihat lain yang saya jadikan pedoman untuk menghadapi dugaan ini,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka baru-baru ini.
Menurut Shuib, apa yang terjadi pada dirinya kini dianggap sebagai cabaran dalam dunia perniagaan.
BACA> Miera Leyana kini bergelar isteri ahli perniagaan
Jelasnya, dia tetap akan menjadi dirinya walaupun ada yang iri hati melihat kejayaannya.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjaya seninya, jelas Shuib, 80 peratus daripada masanya diletakkan dalam dunia perniagaan.
“Sebab itu saya tolak tawaran untuk berlakon drama sebab saya mempunyai kekangan masa dan tidak mahu perkara itu menjadi menimbulkan masalah kepada orang lain.
“Lain-lain kerja seperti filem dan program televisyen yang tidak mengambil masa banyak pasti saya akan terima jika diberi tawaran,” jelasnya. -SM