Hiburan

Datuk M’Nasir tiada hasrat untuk bersara, kembali dengan konsert ‘Cipta’

MESKIPUN penyanyi lagenda ini, Datuk M’Nasir sudah berumur 67 tahun namun penghibur tersohor itu tidak berfikir untuk bersara kerana minatnya yang bergitu mendalam terhadap ciptaan lagu-lagunya.

‘’Tapi, saya suka dengan bidang penciptaan lagu. Kita buat daripada ia tak ada, kemudian ada bentuk dan orang suka. Itu satu nikmat yang orang lain tak dapat.

Datuk M'Nasir
Datuk M’Nasir

“Jadi, susah kalau ditanya bila saya nak berhenti atau bersara. Selagi dapat rasa nikmat itu, saya susah nak berhenti,” ungkap pemilik nama lengkap Mohamad Nasir Mohamed ini.

Beliau yang sudah mencuburi dalam bidang seni selama 45 tahun lalu sentiasa mencari jalan dengan menyesuai diri dengan peredaran semasa malah Nasir juga akui adalah terpaksa bersaing dengan artis baharu setiap kali karyanya terpilih untuk pertadingan.

Mengulas lebih lanjut tentang perjalan seninya, penyanyi itu bakal mengadakan konsert ‘Cipta’ yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Ogos 2024 ini, dibawakan khas oleh oleh Icon Entertainment.

Bertemakan Pendekar dan Tradisional bakal mempersembahkan lagu kesukaan orang ramai dan lagu-lagu ciptaanya.

Setiap karya yang dicipta oleh pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed
ini jarang sekali tidak meledak saat dipasarkan daripada karya yang dibikin untuk
penyanyi solo lelaki dan wanita juga kugiran rock mahupun mengusung genre pop
dan balada.

Maka dengan itu apabila CIPTA dipilih sebagai konsert julung kali dari M. Nasir yang
diadakan tahun ini, ia merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri.

Artikle Berkaitan :>

M Nasir kembali dengan konsert ‘Gendang Pati’

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button