Nasional

Darurat tidak disambung, tamat 1 Ogos

KERAJAAN mengambil keputusan untuk tidak menyambung Proklamasi Darurat yang tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan juga mengambil keputusan untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat.

“Saya ingin mengesahkan hari ini bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan proklamasi darurat baharu apabila tamat pada 1 Ogos 2021.

“Kerajaan telah buat keputusan berdasarkan Perkara 1503 untuk membatalkan semua ordinan darurat yang telah dibuat semasa proklamasi darurat ini.

“Oleh kerana telah dibatalkan maka isu ungkai sudah tidak lagi relevan,” kata Takiyuddin dalam Dewan Rakyat hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara pada 12 Januari sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.- SM

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button