Nasionalpilihan

Dari pentas lawak ke pentas pentadbiran, Shahrol Shiro dilantik jadi ahli MPK!

Shahrol Azizie Azmi atau lebih popular dengan gelaran Shahrol Shiro mahu tangani isu gangguan gajah liar di sekitar Kluang walaupun isu tersebut sudah lama terjadi.

Perkara itu dikongsi kepada media sejurus dia dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) 2022/2023 dan detik itu turut dikongsi menerusi Instagramnya.

Shahrol mengakui tanggungjawab yang digalas selepas mengangkat sumpah sangat berat namun akan berusaha bersama menteri untuk memberi manfaat kepada penduduk Kluang.

“Tangan kita ringan semasa mengangkat sumpah tetapi tanggungjawab dan amanah yg dipikul amat berat.

“Semoga barisan ini dapat bergerak bersama memberi manfaat penduduk Kluang. Kepada Allah kita berserah,” tulisnya.


(Visited 116 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button