Dari jalan, kembali ke jalan
APABILA gagal membentuk kerajaan ekoran tiada sokongan majoriti ahli parlimen, penyokong mereka kembali ke jalan.
Jalan yang mereka pilih ialah ke jalan mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka.
Semalam mereka juga berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berarak ke Dataran Merdeka.
Kali ini bagi membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Mula politik jalanan
Kita imbau kembali puluhan tahun lalu iaitu pada tahun 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan dituduh di mahkamah.
Anwar meringkuk di penjara kerana kesalahan salah guna kuasa dan melakukan seks di luar tabii.
Maka penyokongnya mengadakan siri demonstrasi jalanan yang ganas dan sering bertempur dengan pihak berkuasa.
BACA: Bersyukur: Muhyiddin mohon seluruh rakyat terima baik keputusan Agong
Akhirnya mereka pada pilihan raya lalu dengan bantuan Tun Dr. Mahathir Mohamad kumpulan jalanan ini berjaya memasuki Putrajaya.
Walaupun memegang tampuk pemerintahan, tetapi gelagat mereka tetap seperti ahli politik jalanan.
Kegalan Pakatan Harapan
Sikap mereka tidak seperti pemerintah dan kegagalan menguruskan negara menyebabkan watan terjerumus ke dalam pelbagai krisis.
Keadaan ekonomi meruncing dengan peluang pekerjaan semakin menguncup, begitu juga keharmonian antara kaum semakin genting.
BACA: Pengurusan ekonomi negara ibarat tikus membaiki labu
Akhirnya selepas 22 bulan mereka kehilangan kuasa. Dr. Mahathir yang membantu mereka menekan butang bunuh diri.
Mereka dimusnahkan dari dalam apabila Dr. Mahathir meletakkan jawatan dan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan.
Kerajaan baharu
Pas, UMNO dan beberapa parti lain menghulur tangan kepada Bersatu bagi membentuk kerajaan baharu.
Tangan dihulur demi kepentingan negara yang telah terjerumus dalam kebuntuan dituduh pengkhianat yang menyusup ikut pintu belakang.
Muafakat Nasional masuk melalui pintu belakang selepas mendengar rintihan bekas sahabat merayu meminta bantuan.
Tangan dihulur bagi menyelamatkan rakan walaupun diri sendiri tiada masalah untuk memekak telinga dan membutakan mata.
BACA: BN Akan Membantu Dan Menyokong Dasar Baru Yang Bakal Diperkenalkan PM-8 – Ahmad Zahid
Jelata sudah jelak dengan sikap jalanan kerajaan ketika itu dan pastinya akan memilih muafakat yang lebih berkah jika diberi pilihan.
Selepas 22 bulan pemerintahan ala jalanan dan diterajui oleh menteri jalanan, kini kembali ke jalanan.
Pembangkang lebih berwibawa
Semoga mereka menemui jalan yang sejalan dengan keperluan negara yang memerlukan pembangkang berwibawa.
Mereka telah menimba ilmu selama 22 bulan menjadi kerajaan dan faham kesukaran menjadi kerajaan tidak semudah dicakapkan.
Mereka juga telah belajar bagaimana musuh mereka menjadi pembangkang yang berkesan tanpa perlu fitnah dan adu domba.
Data dan fakta dilontar dan kritikan membina dan persoalan dibangkitkan berasaskan kebenaran.
Tidak lama lagi pilihan raya terpaksa diadakan dan jika mereka menunjukkan sikap yang berhemah, tidak mustahil rakyat menjulang kembali mereka.
BACA: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan
Pada masa yang sama pihak berkuasa kini mempunyai tugas berat kerana selain turun ke jalan, kumpulan ini gemar mencipta kegawatan di dalam media sosial.
Pihak berkuasa perlu tegas dan tahniah setakat ini polis telah mengangkat beberapa orang individu yang menggunakan media sosial untuk menghasut supaya jelata timbul kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu Perikatan Nasional yang baharu dibentuk perlu dikemaskan, janganlah mengulangi sikap Pakatan Harapan yang mendobi di khalayak ramai.
Masalah yang timbul perlu selesaikan mengikut jalan yang betul supaya negara ini lebih aman dan tenteram dan kembali dirahmati. – SM