MahkamahNasional

Dana RM10 juta Yayasan Akal Budi untuk syarikat pelaburan-Khalid

SUAMI penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, Datuk Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayar RM10 juta daripada akaun Yayasan Akalbudi bagi membolehkan sebuah syarikat memenuhi syarat tender pembekalan arang batu Indonesia kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan “Datuk K” berkata, beliau telah menemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Armada Holdings Sdn Bhd pada ketika itu, Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr Ahmad untuk bertemu Zahid yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan menteri Dalam Negeri yang mana Kerajaan adalah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Khalid berkata, beliau mengatur pertemuan itu selepas dimaklumkan bahawa syarikat milik Wasi memerlukan RM10 juta untuk memenuhi keperluan TNB bagi modal berbayar minimum untuk tender.

“Wasi sebenarnya mahu Zahid campur tangan supaya TNB dapat mengurangkan modal berbayar daripada RM10 juta kepada RM5 juta,” katanya yang menjadi saksi pembelaan kelapan dalam keterangan saksinya.

Khalid berkata, pada akhir perbincangan, Zahid bersetuju untuk memberikan RM10 juta.

Kata Khalid lagi, Wasi kemudian memberitahunya, dia telah menerima cek RM10 juta daripada Yayasan Akal Budi.

Menurut Wasi, Khalid berkata, beliau tahu Yayasan Akal Budi diuruskan oleh Zahid dan wang itu telah dikeluarkan daripada simpanan tetap milik Yayasan itu.

Ia juga didedahkan oleh Zahid semasa keterangannya bahawa syarikat itu tidak memenangi tender dan wang itu dipulangkan.

Khalid juga berkata, beliau memberitahu Wasi untuk memberi pampasan kepada yayasan itu kerana “terlepas peluangnya”.

Beliau berkata, RM69,722.65 akhirnya dibayar kepada Yayasan Akal Budi sebagai pulangan pelaburan dan wang itu digunakan untuk menjalankan aktiviti kebajikan.

“RM10 juta itu dipulangkan bersama bayaran faedah dan (yayasan) tidak mengalami sebarang kerugian,” katanya.

Pihak pendakwaan berkata, RM10 juta itu adalah pinjaman kerana yayasan itu dilarang oleh perlembagaannya daripada menceburi sebarang perniagaan.

Pihak pembelaan bagaimanapun mendakwa ia adalah satu pelaburan. – FMT – SM

BACA Semua transaksi akaun bank Yayasan Akal Budi tidak cetuskan amaran AMLA – saksi

BACA RM17.9 juta dipindahkan ke firma guaman dari Yayasan Akal Budi

 

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button