Dan aku pun kena spin, kerja min terdesak
Pagi-pagi aku terhibur, bila ada kawan share link dan tangkap layar hantaran ke Facebook dengan sengaja memetik di luar konteks tulisan aku.
Baca berita yang betul > Annuar Musa tali barut Bersatu?
Tidak kira bulan Ramadan ketika umat Islam istiqomah beribadah, ada juga yang meluangkan masa membuat kerja sebar fitnah.
Mungkin juga admin bukan beragama Islam. Tak mengapalah walaupun pengikut tak ramai mana, apa yang admin buat akan memberi gambaran dangkalnya pemikiran mereka iaitu Datuk Mohamad Hasan sendiri. Macam dalam ulasan ini.
@suaramerdeka19 Mat Hassan ‘hidu’ macam dah takde orang lain yang layak jadi PM ke-10!
Selamat berpuasa dan amal.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)