Nasional

Jangan cari kelainan sampai nyawa jadi taruhan

BERSERONOK ada batasnya, jangan kerana ingin mencipta kelainan di bulan suci Ramadan nyawa yang menjadi taruhan.

Masyarakat sekali lagi dinasihatkan supaya lebih peka dengan keselamatan diri dan juga individu lain sebelum melalukan sesuatu.

Terbaru tular perkongsian video di aplikasi Tiktok mengenai sekumpulan lelaki yang berbuka puasa di Jambatan Kampung Dusun, Kuala Berang, Terengganu.

Berikutan dengan kejadian itu, lima daripada 11 lelaki yang terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu bagi diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya bagaimanapun tidak mengenakan tindakan kepada mereka yang berusia antara 19 hingga 26 tahun sebaliknya hanya memberi nasihat.

“Kita memandang serius isu sebegini kerana ia bukan hanya berisiko kepada individu itu sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain” katanya. – Berita Harian.

Individu didapati melakukan kesalahan yang sama bagaimanapun boleh dikenakan tindakan saman dibawah Kaedah 50 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/1959).

Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang dikesan tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Justeru mengejar sesuatu yang berbeza dan dianggap kelainan, kata orang biar bertempat, tidak semua benda boleh dijadikan trend terutama melibatkan keselamatan di jalan raya. – SM

(Visited 659 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button