Nasional
Dakwaan anggota polis maut akibat vaksin dos kedua tidak benar
DAKWAAN berkenaan kematian anggota polis di Kajang yang maut akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19 adalah tidak benar sama sekali.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya kini sedang menunggu hasil keputusan bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Kajang.
“Maklumat yang tular pada hari ini di laman media sosial Facebook dan Whatsapp kononnya akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin covid-19 adalah tidak benar sama sekali.
“Pihak kami sedang menyiasat berita paslu ini dan saya menyarankan kepada semua diluar sana agar tidak membuat spekulasi yang tidak benar berkenaan maklumat ini yang boleh meresahkan orang ramai di luar sana,” katanya. -SM