Nasionalpilihan

Daging babi dibuang dalam sungai, nelayan buat laporan polis

Sekumpulan nelayan di Kampung Setelu, Kampung Pasir Tumbuh dan Kampung Bertam, Gua Musang, membuat laporan polis selepas menemukan daging dipercayai daging babi dibuang ke dalam Sungai Nenggiri, di sini, Sabtu lepas, demikian menurut laporan BERNAMA.

Zulkifli Junuh, 52, berkata pada 5.30 petang dia ternampak daging haiwan terbabit hanyut dibawa arus ketika ingin memeriksa pukat yang dipasangnya sebelum memberitahu rakan nelayan yang lain.

“Setelah pulang ke rumah baru saya dapat tahu tentang hantaran yang tular di Facebook tentang daging babi dibuang ke dalam sungai yang dimuat naik oleh penduduk yang melihat kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Lah, di Gua Musang hari ini.
Beliau berkata pada hari sama iaitu Sabtu lepas, muatan sebuah lori yang dipercayai daging babi sejuk beku dipercayai bertaburan di atas Jalan Gua Musang-Jeli selepas dinding sebelah kiri lori berkenaan tercabut ketika dalam perjalanan dari Tanah Merah menuju ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur.
Ketua Jaringan Nelayan Darat bagi Kampung Pulau Setelu Zakaria Omar, 59, kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang tidak sensitif dan menyebabkan punca pendapatan nelayan di tiga kawasan sekitar terjejas.
“Sudah 20 tahun saya mencari rezeki di sungai ini, saya amat kecewa. Kita tahu daging itu akan dimakan oleh ikan baung dan ikan kenerak di dalam Sungai Kuala Lah dan Sungai Nenggiri yang akan ditangkap oleh kami untuk dijual,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan. – SM
(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button