Nasional

Dadah bernilai RM17.55 juga dirampas dalam tujuh serbuan

POLIS merampas dadah seberat 297 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM17.55 juta melibatkan dua sindiket penyeludupan dan pemprosesan dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kejayaan itu dicapai menerusi tujuh serbuaun di beberapa lokasi sekitar Lembang Klang pada Selasa dan Rabu lalu.

“Selain rampasan , kita turut menahan sembilan individu termasuk seorang wanita dan kesemua mereka berusia lingkungan 24 hingga 46 tahun.

“Rampasan dadah melibatkan 354 ketulan heroin base yang belum diproses, 101 bungkusan plastik disyaki syabu dan kesemua dadah itu dipercayai boleh diedarkan kepada 9.28 juta orang penagih,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Kontinjen Selangor, hari ini.

Menurut Acryl Sani, sindiket dipercayai menyeludup masuk bekalan dadah dari negara ke Selatan Thailand menerusi jeti haram di Kelantan.

Ujarnya, suspek menggunakan perkhidmatan penghantaran kontena serta parcel melalui jalan laut serta udara untuk menyeludup dadah ke luar negara dan mula aktif mengedar dadah sejak Februari lalu.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas mengenai kes kedua pula, Acryl Sani berkata pihaknya telah menahan lapan ahli sindiket dan merampas dadah bernilai RM2.35 juta.

“Kesemua suspek yang ditahan iaitu tiga lelaki tempatan, empat lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan berusia 26 hingga 47 tahun itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti berkenaan sejak dua bulan lalu.

“Serbuan dilakukan di sebuah lokasi yang dijadikan makmal dan telah menemukan 22.015 kilogram dadah jenis ketamin dan 37.15 kilogram cecair disyaki ketamin. Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia digunakan untuk memproses dadah,” katanya.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati empat suspek positif dadah jenis ketamin manakala seorang mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita empat kenderaan bernilai RM126,100.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button