Nasional

Cukuplah Sajad, sujudlah kepada Allah – Dr. Norhafizah Musa

PERBUATAN Muhammad Sajad Kamaruz Zaman dan rakan-rakan lelakinya bertelekung semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci yang mencemarkan Islam mendapat teguran daripada pendakwah ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa.

Nasihat pakar motivasi dan penceramah bebas terkenal itu kepada usahawan jutawan tersebut dalam hantaran Instagram beliau hari ini:

“Marilah sama-sama kita doakan agar Allah mengurniakan taufiq dan hidayah kepada beliau (Muhammad Sajad) ini.

“Kembalilah pada jalan yang Allah redhai sekiranya benar beliau seorang lelaki tetapi menukar jantinanya. Para asatizah yang terus memberi nasihat dan teguran, MasyaAllah…teruskanlah…hargailah kesungguhan asatizah kita yang berusaha untuk memperbaiki ummah….sehingga kadang-kadang asatizah juga yang menerima cercaan dan sebagainya.

“Cukuplah Saudara Sajad…Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…Allah takdirkan saudara sampai ke tanah haram…untuk saudara kenal Allah…kenal diri…refleksi diri…pada nama saudara ada penawarnya…penawar: sujud pada Allah…adukan segala-galanya…merayu untuk kembali ke jalan-Nya…masih ada masa dan ruang…Hijrahlah…berlari menuju Allah. Dunia ini sekejap sangat. Jangan zalimi diri kita sendiri.”

Gelagat Muhammad Sajat itu bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam tetapi turut meresahkan Menteri di Jabatan Perdaha Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Mujahid berkata, tindakan Muhammad Sajat itu boleh memberi kesan terhadap hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi. – SM

(Visited 1,751 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button