MahkamahNasional

Cubaan bunuh dua anak saudara, mahkamah perintah penganggur jalani pemeriksaan mental

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown atas dua pertuduhan cubaan membunuh anak saudaranya.

Mohammad Azmin Hamanullah, 28, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan di depan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Bagi pertuduhan pertama, bekas pemandu lori itu mengaku bersalah cuba membunuh seorang bayi perempuan berusia 44 hari sehingga menyebabkan kecederaan di Flat Nusantara, Jalan Makloom kira-kira jam 3 petang 2 Ogos lalu.

Untuk pertuduhan kedua, dia sekali lagi mengaku bersalah cuba membunuh seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa di lokasi sama kira-kira jam 3.30 petang.

Azmin didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Tertuduh yang berpakaian hospital dengan tangan kirinya berbalut, kelihatan keliru serta mengulangi pengakuan bersalah beberapa kali yang pada masa sama turut memohon dibicarakan.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak untuk pemeriksaan kesihatan mental dan jaminan tidak dibenarkan.

Mahkamah menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes.

Pada 3 Ogos lalu, media melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan kerana dikatakan melempar anak saudaranya berusia tiga tahun dari tingkat satu pangsapuri mereka dan menghempas bayi perempuan berusia 44 hari yang juga anak kepada kakaknya ke lantai, sebelum mengelar pergelangan tangan kiri sendiri. – SM

BACA Bayi berusia 40 hari dihempas ke lantai, kanak-kanak 3 tahun dicampak dari tingkat satu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button