Nasional

Covid-19: Tujuh dari 28 kilang Top Glove diarah tutup

TUJUH daripada 28 kilang pengeluar sarung tangan Top Glove telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini. Kilang yang terletak di Jalan Teratai, Shah Alam itu diarahkan tutup dua minggu hingga 8 Disember.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman ketika dihubungi akhbar itu berkata penutupan itu sebagaimana arahan yang dikeluarkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.

“Semua pekerja di tujuh kilang yang ditutup ini dalam proses saringan dan mereka yang disahkan positif dihantar Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Kilang lain syarikat itu juga akan diarahkan tutup dan saringan akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

“Penutupan itu mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya.

Ismail Sabri seeblum ini berkata, sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan di Klang akan ditutup secara berperingkat yang akan diselaraskan oleh Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bersama pihak pengurusan Top Glove.

Penutupan 28 kilang itu bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin. – SM

(Visited 474 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button