fbpx
Luar Negara

COVID-19: Syarikat minyak dan gas dunia rugi besar tahun ini

SUSULAN pandemik Covid-19 yang memberi impak besar kepada permintaan dan harga minyak dan gas global, syarikat-syarikat minyak dan gas dunia dijangka mencatatkan kerugian besar tahun ini.

Jangkaan ini dikatakan terutamanya yang bersempadan di beberapa negara termasuk Malaysia.

Malaysia masih belum dibuka dan itu mengakibatkan permintaan menurun untuk bahan bakar penerbangan komersil.

Pada awal Jun lalu, Fitch Ratings melaporkan, pandemik Covid-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion pada tahun ini.

Menurut laporan tersebut, syarikat minyak dan gas adalah yang paling teruk terjejas dalam semua sektor.


Unjuran yang dibuat oleh Rystad Energy pada April lalu menjangka, syarikat minyak dan gas global akan kehilangan pendapatan sebanyak AS$1 trilion tahun ini.

Antara syarikat yang melaporkan kejatuhan keuntungan termasuk syarikat gas asli Rusia dan yang terbesar dunia, Gazprom.

Gazprom yang mencatat kejatuhan keuntungan lebih 50 peratus kepada AS$2 bilion pada suku kedua akibat Covid-19.

Terdahulu, syarikat minyak dan gas terbesar dunia, Saudi Aramco melaporkan kejatuhan keuntungan sebanyak 73 peratus pada suku kedua susulan permintaan minyak dan gas yang menurun akibat Covid-19 kepada AS$6.57 bilion.

Dalam masa yang sama, Royal Dutch Shell melaporkan kerugian sebanyak AS$18.8 bilion pada suku kedua 2020, berbanding keuntungan AS$3 bilion pada tempoh sama tahun 2019.

Ini susulan susut nilai aset minyak dan gas Royal Dutch Shell akibat kejatuhan harga minyak global akibat COVID-19.

Pendapatan turut menurun 82 peratus kepada AS$638 juta pada suku kedua.

Dalam masa yang sama, syarikat minyak Perancis, Total turut mencatatkan kejatuhan kerugian sebanyak AS$8.37 bilion pada suku kedua berbanding keuntungan AS$2.76 bilion yang dicatatkan tahun lepas.

Ini susulan susut nilai asset nya sebanyak AS$8 bilion termasuk susut nilai di Kanada sebanyak AS$7 bilion.

Di Amerika, syarikat minyak dan gas ExxonMobil turut lapor kerugian AS$1.1 bilion pada suku kedua susulan bekalan yang berlebihan dan impak daripada COVID-19.

BP pada awal Ogos turut melaporkan kerugian AS$16.8 bilion pada suku kedua susulan susut nilai aset akibat jangkaan pendapatan yang menurun akibat harga minyak dan gas yang rendah.

Dan di Asia, syarikat minyak China, Sinopec, turut catat kerugian sebanyak AS$3.17 bilion pada separuh pertama tahun ini, dengan kebanyakannya dicatatkan pada suku pertama akibat kesan langkah yang diambil untuk kawal penularan COVID-19 kepada industri dan pengembaraan.

Di Indonesia, Pertamina turut melaporkan kerugian AS$767 juta pada separuh pertama tahun ini, akibat permintaan dan harga minyak global yang lemah.

Suku kedua menyaksikan harga minyak mentah Brent mencatatkan kejatuhan kepada AS$19.33 setong pada April dan kemudian, kini berada pada sekitar AS$45 setong.

Dalam laporan “The Road Back: Post-Lockdown Assumptions for Global Corporates” terbitan Fitch Ratings pada Jun 2020, ia menjangka kejatuhan pendapatan global minyak dan gas adalah 40 peratus daripada semua sektor yang ditinjau dan enam kali ganda lebih besar daripada sektor peruncitan. – SM

 

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button