Luar Negara

Covid-19: Risiko dua, tiga kali ganda jangkitan dalam rumah

JANGKITAN Koronavirus (Covid-19) dalam rumah adalah berisiko dua kali lebih tinggi berbanding penyakit SARS, tiga kali MERS dan jenis Kronavirus yang lain.

Perkara itu didedahkan sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) dan China menerusi kajian terhadap 350 pesakit pandemik itu.

Daripada 350 pesakit, 2,000 kenalan dikenal pasti bagi melihat corak jangkitan di Guangzhou, China.

Daripada itu juga, penyelidik mendapati kaedah jangkitan tersebut adalah transmisi skunder iaitu seseorang yang dijangkiti kemudian menyebarkan kepada orang lain.

Corak jangkitan dipecahkan kepada dua ukuran iaitu melalui kenalan di tempat lain dan juga teman serumah atau keluarga.

BACA > Dari kuarters estate Pavithra kini pindah ke rumah baru — Suara Merdeka

Berdasarkan corak tersebut, jangkitan melalui kenalan di luar rumah adalah sangat rendah iaitu sekitar 2.4 peratus.

Berbanding teman serumah atau keluarga, kadar jangkitan terus meningkat kepada 17.1 peratus bersamaan nisbah seorang dalam enam yang boleh dijangkiti.

“Berdasarkan data yang diperoleh pada Januari dan Februari lalu dikemaskini dengan perkembangan terkini menunjukkan warga berusia 60 tahun ke atas lebih berisiko berbanding usia 20 tahun ke bawah.

“Secara kesuluruhan, risiko untuk menjangkiti teman serumah atau keluarga dengan Covid-19 adalah lebih bahaya berbanding Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).”

Demikian hasil laporan dipetik daripada laporan portal Channel News Asia (CNA).

Menurut laporan itu lagi, pembawa virus Covid-19 itu juga berisiko meningkat sehingga 39 peratus sebelum mereka menunjukkan sebarang tanda-tanda jangkitan.

BACA > Sempadan Australia tutup hingga 2021 — Suara Merdeka

Justeru, cadangan pencegahan terbaik adalah melalui tempoh kurantin kerana pembawa tidak akan mengetahui jika mereka menyebabkan jangkitan kepada orang lain.

“Pengasingan melalui kurungan dalam rumah mengurangkan jumlah kes Covid-19 dalam 350 pesakit antara 20 hingga 50 peratus berbanding tidak dikuarantin.

“Walaupun jangkitan dalam rumah lebih tinggi, tetapi melalui tempoh kuarantin penyebarannya mampu dihentikan.”

Kata salah seorang daripada penyelidik dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Guangzhou, Qin-Long Jing.

Bagaimanapun, menurutnya sekarang sudah terlewat untuk membendung Covid-19 secara besar-besaran.

Katanya, seperti yang berlaku di Eropah, kerajaan di sana sekadar menasihat penduduk untuk duduk di rumah jika tidak sihat.

BACA > Sistem syif: Persatuan berkaitan perubatan mahu jumpa PM

Perintah berkurung yang panjang hanya dilaksana selepas itu menyebabkan lebih ramai dijangkiti pandemik berkenaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button