Rencah Hidup

Dari kuarters estate Pavithra kini pindah ke rumah baru

TIADA siapa dalam Malaysia yang tidak kenal S. Pavithra. Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin juga mengenalinya.

Semuanya gara-gara program masakannya tradisi India yang bukan sahaja mudah untuk diikuti dan menyelerakan di YouTube channelnya Sugu Pavithra.

Kini dia meraih jumlah ‘subscribers’ seramai 689,000 orang. Satu jumlah yang cukup tinggi bagi seorang yang bukan berstatus selebriti.

Hasilnya Pavithra kini bukan sahaja menempa nama dalam kalangan rakyat Malaysia terutama suri rumah malah dia kini turut mampu untuk berpindah ke rumah baru.

Sebelum ini dia tinggal di kuarters estate yang dikhaskan untuk pekerja-pekerja ladang namun selepas suaminya M. Sugu berhenti kerja mereka telah berpindah ke rumah baru yang lebih luas.

Dan bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh orang ramai, Pavithra dan Sugu berkongsi video mereka mencuci dan berpindah ke rumah baru. Mereka turut memberitahu rumah baru tersebut terletak di pekan Sungai Siput.

Dalam video tersebut Pavitha mencuci rumahnya sambil dibantu oleh kakak dan anak buahnya.

Video dia berpindah rumah yang dikongsi tiga hari lalu itu telah ditonton sebanyak 653,900 kali, mendapat 44,000 tanda suka dan menerima 5,123 komen.

“This really touched my heart. Very humbling, very sweet. Rooting for your success and praying for a more luas house for you in the future. This is just the beginning. :),” kata Ann.

“Ya Allah rajinnya family Sugu. Salute family Sugu pembersih,rajin semua dia kasi clear yang kotor-kotor terbaik family Sugu I like this. Bertuahnya siapa yang duduk berjiran dengan Sugu,” kata Sitikhadijah.

“Wah tahniah. Bersih betul dengan cara cucian yang betul. Take care dan semoga dapat masak dengan lebih baik di dapur baru..love u n family,” kata Rozaidie.

Pada 19 Mei lalu Pavithra menerima gaji pertamanya hasil ‘program memasaknya di YouTube. –SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button