Luar Negara

Covid-19: New Zealand jangka turun ke Tahap Tiga

NEW ZEALAND akan menurunkan tahap amaran COVID-19 kepada Tahap Tiga, mulai 11.59 malam 27 April.

Berbanding sebelum ini kerajaannya mengumumkan Tahap Empat sebagai amaran bagi penularan pandemik penyakit itu di sana.

[BACA] Lelaki mengamuk tembak mati 16 orang di Kanada — Suara Merdeka
[BACA] Sewa rumah: Tangguh atau kurangkan – Asyraf — Suara Merdeka

Menurut Perdana Menterinya Jacinda Ardern, Tahap Tiga akan dikuat kuasa selama dua minggu, lapor agensi berita Xinhua.

Selepas itu penilaian lanjut akan dibuat untuk menentukan tahap seterusnya yang dijadual diumum pada 11 Mei.

Beliau berkata di bawah Tahap Tiga, kira-kira 400,000 lagi rakyat New Zealand akan kembali bekerja

Menurutnya, sektor utama terlibat seperti pembinaan, pembuatan dan perhutanan kembali beroperasi.

Kanak-kanak yang boleh tinggal di rumah perlu terus berbuat demikian.

[BACA] 26 rakyat Malaysia di Amerika Selatan dibenar pulang — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Pujian tinggi melambung `membunuh’ Singapura — Suara Merdeka

Pusat pembelajaran awal dan sekolah hanya akan dibuka untuk pelajar berumur 10 tahun atas permintaan keluarga, menurut peraturan yang diumumkan sebelum ini.

Sementara itu di negara ini, KKM mengumumkan kes terendah jangkitan Covid-19 sejak 12 Mac lalu.

Malah catatan dua angka bagi kes baharu juga direkodkan bagi tiga hari berturut-turut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Rekod pesakit yang pulih pula seramai 98 orang, dan lima kes kematian dicatatkna. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button