COVID-19: Malaysia Airlines berisiko bankrap
MALAYSIA Airlines Bhd berkata larangan perjalanan dan permintaan yang merosot di seluruh dunia disebabkan oleh pandemik Covid-19 telah meletakkan syarikat penerbangan kebangsaan berisiko muflis.
Laporan The Edge memetik ketua pegawai kewangan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) Boo Hui Yee dilaporkan memberitahu 13,000 pekerja Malaysia Airlines bahawa syarikat penerbangan nasional itu tidak berbeza daripada banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia kini berisiko muflis.
“Keadaan ini telah merosot dengan cepat pada hujung minggu yang memaksa sekatan perjalanan ketat oleh kerajaan di seluruh dunia, dengan itu menimbulkan cabaran yang lebih besar dalam operasi kami.
“Permintaan telah merosot dan ramai membatalkan tempahan, meletakkan kami dalam keadaan kritikal. Banyak syarikat penerbangan sekarang berisiko bankrap dan Malaysia Airlines tidak berbeza, “katanya
Minggu lepas, syarikat penerbangan itu menggesa pekerja mengambil cuti sukarela tanpa gaji berikutan gangguan yang dilakukan Covid-19 terhadap sektor penerbangan dan pelancongan.
Ketua ketua kumpulan MAS Kapten Izham Ismail juga mengumumkan 10 peratus pemotongan gaji untuk pengurusan kanannya sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kos operasi dan mengatasi permintaan yang lemah untuk perjalanan udara akibat wabak Covid-19. – SM