Nasional

Covid-19: Lebih banyak majikan perlu diambil tindakan

SEBANYAK 15 buah tapak pembinaan diarahkan tutup oleh Lembagai Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Angka tersebut dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 13 Januari lalu di seluruh negara kecuali Sarawak.

Penutupan itu disebabkan kesalahan dilakukan seperti tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan wabak Koronavirus (Covid-19) serta penjarakan fizikal.

Kesalahan itu dikesan apabila CIDB melakukan pemeriksaan terhadap 1,078 tapak pembinaan dan mengesan sebahagian daripadanya tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Selain ruang kerja, penempatan pekerja juga tidak mematuhi SOP kerana kotor dan sesak.

“Kebanyakan kes positif Covid-19 di tapak-tapak pembinaan adalah berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan.

“Hasil penemuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapati bahawa punca utama penularan wabak ini di kalangan pekerja asing adalah penempatan pekerja sesak dan kotor.

“Selain itu, pekerja berpindah dari satu tapak projek ke tapak projek yang lain didapati berperanan menyebarkan wabak tersebut dan membentuk kluster-kluster pembinaan; dan ketidakpatuhan SOP dan garis panduan yang ditetapkan.”

Demikian kenyataan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan sebanyak 100,7 tapak pembinaan beroperasi mematuhi SOP.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan pihak berkuasa termasuk KKM perlu lebih luas kepada majikan selain daripada sektor pembinaan.

FADILLAH YUSOF

Pemeriksaan secara mengejut juga perlu di lakukan terhadap pelbagai sektor yang dibenarkan beroperasi ketika PKP.

Ini kerana, kluster tempat kerja menyumbang kepada peningkatan jangkitan Covid-19 terbesar berbanding kluster lain.

Dalam pada itu, Fadillah memaklumkan tindakan tegas akan terus diambil terhadap kontraktor yang gagal mematuhi SOP.

“Para kontraktor yang mendapat kebenaran beroperasi dalam tempoh pelaksanaan PKP perlu memastikan pematuhan SOP sepenuhnya di tapak pembinaan dan penempatan pekerja bagi mengelakkan jangkitan dan penularan wabak Covid-19.

“CIDB diarah mempergiatkan lagi pemeriksaan SOP di tapak pembinaan di seluruh negara untuk memastikan pematuhan.

“Jika projek pembinaan didapati tidak mematuhi SOP, CIDB akan mengeluarkan arahan penutupan tapak bina.

“CIDB juga boleh mengenakan tindakan tatatertib terhadap kontraktor terbabit yang mengakibatkan pendaftaran mereka dibatalkan atau digantung,” tegasnya. – SM

 

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button