Nasional

Covid-19: Lapan lagi kluster baharu muncul hari ini

SELAIN mencatatkan jumlah kes baharu harian yang ketiga tertinggi, hari ini pandemik Covid-19 turut mencatatkan lapan lagi kluster baharu.

Enam daripada kluster baharu itu dikesan di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur dan masing-masing satu kluster di Pulau Pinang dan Labuan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kluster pertama dikesan di daerah Gombak yang dinamakan Kluter Pekapuri hasil saringan bersasar di tempat kerja serta sudah menjangkiti 202 individu.

Kluster kedua dikesan di daerah Klang yang dikenali sebagai Kluster Batu Besar hasil saringan bersasar di tempat kerja dan sudah menjangkiti 59 individu.

“Kluster seterusnya dikenali sebagai Kluster Tower membabitkan daerah Gombak, Hulu Langat, Titiwangsa, Cheras, Kuala Lumpur dan Temerloh di Pahang. Kluster ini adalah hasil saringan bersasar di tempat kerja dan sudah menjangkiti 20 individu.

“Kluster keempat dikenali sebagai Kluster Tapak Bina Pelangi iaitu di daerah Kepong hasil saringan bersasar di sebuah tapak pembinaan dan sudah menjangkiti 23 individu,” katanya di Putrajaya hari ini.

Kluster kelima, kata Dr. Noor Hisham dikesan di daerah Petaling dan dikenali sebagai Kluster Wawasan hasil saringan individu bergejala dan sudah menjangkiti enam individu.

“Kluster keenam dikenali sebagai Kluster Delima yang membabitkan daerah Titiwangsa, Gombak dan Hulu Langat dan sudah menjangkiti sembilan individu.

“Bagi kluster ketujuh, ia dikesan di Labuan yang dinamakan sebagai Kluster J Bandar hasil saringan bersasar di tempat kerja serta sudah menjangkiti 25 individu,” katanya.

Kluster terakhir kata beliau, ialah Kluster May Indah membabitkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

“Dua kes indeks dalam kluser ini dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan bersasar di tempat kerja dan sehingga kini sudah menjangkiti 27 individu,” katanya. – SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button