Nasional

2,018 kes Covid-19 hari ini, ketiga tertinggi, belum ada tanda reda

KES Covid-19 di seluruh negara mencatatkan 2,018 kes baharu hari hari ini, merupakan catatan yang ketiga tertinggi sejak negara dilanda pandemik itu sekali gus menunjukkan belum ada tanda ia akan reda.’

Sebelum ini jumlah tertinggi pernah direkodkan ialah pada 10 Disember lalu, iaitu 2,234 kes.

Dr. Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif  di seluruh negara kini sebanyak 95,327 kes dengan jumlah kebolehjangkitan 16,496 kes.

Katanya, daripada jumlah itu yang dicatatkan hari ini, Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 1,204 kes atau 59.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Hari ini juga tujuh kes import dicatatkan yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Daripada jumlah pertambahan kes di Selangor itu, sebanyak 1,115 kes dikesan daripada kluster sedia ada dan jaringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan.

“Selain Selangor, Johor turut mencatatkan kes tertinggi hari ini, iaitu dengan 278 kes atau 13.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dan diikuti Sabah, iaitu 247 kes atau 12.2 peratus,” katanya pada sidang di Putrajaya hari ini. – SM

 

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button