Nasional

Covid-19: ILKBS hasil PPE bantu barisan hadapan

TIDAK mahu berdiam diri dengan kemahiran yang ada, sukarelawan dan kakitangan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) berganding hasilkan kelengkapan pelindungan diri (PPE).

Inisiatif berkenaan adalah bagi membantu menampung keperluan petugas klinik dan hospital kerajaan sebagai barisan hadapan merawat pesakit Koronavirus (Covid-19).

[BACA] COVID-19: PM umum pakej Prihatin Tambahan RM10 bilion untuk majikan, PKS — Suara Merdeka
[BACA] Impak Covid-19, bina ketahanan ekonomi – Tok Mat — Suara Merdeka
ILKBS
KAKITANGAN dan sukarelawan berganding bahu menghasilkan kelengkapan perlindungan diri (PPE) di IKTBN Dusun Tua di Hulu Langat, Selangor.

Di peringkat awal, ILKBS mengeluarkan 2,500 set pelindung kepala PPE dan 200 set pelindung muka menerusi fasa pertamanya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sumbangan tenaga dan kepakaran dalam bidang pembuatan amat diperlukan kerajaan pada waktu ini.

“Kita akan tingkatkan penyelarasan institusi di bawah seliaan KBS bagi menghasilkan lebih banyak produk
PPE untuk memenuhi keperluan hospital dan klinik kesihatan berdekatan

“Walaupun jumlah pengeluaran fasa pertama tidak besar, namun ia mampu memberi sedikit kelegaan kepada petugas-petugas hadapan dan pihak kerajaan,” katanya.

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN mencuba alat pelindung muka yang dihasilkan di IKTBN Dusun Tua di Hulu Langat, Selangor ketika sedang melawat institusi itu hari ini.
[BACA] COVID-19 kritikal di Amerika, lebih 2,000 maut dalam 24 jam — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBTN) Dusun Tua di Hulu Langat Selangor.

Tambah Reezal Merican, selain IKTBN Dusun Tua, IKBN Jitra, Kedah turut giat menghasilkan peralatan PPE. 2,500 helai pelindung kepala berjaya disiapkan.

ILKBS lain seperti IKTBN Sepang, IKBN Kuala Langat, IKTBN Temerloh dan IKTBN Pagoh dilihat berpotensi untuk menghasilkan produk PPE.

Selain itu, IKBN Wakaf Tapai, IKTBN Bukit Mertajam dan IKBN Peretak turut dilihat  mempunyai kapasiti untuk menghasilkan produk sama.

[BACA] COVID-19: Hargai petugas barisan hadapan dengan sebenarnya – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka
[BACA] Pesakit Covid-19 sembuh catat bilangan tertinggi 236 kes, kes baharu 131 – Suara Merdeka

“Diharap segala sumbangan kemahiran dan kepakaran daripada ILKBS dapat membantu sedikit sebanyak pasukan barisan hadapan dalam menangani isu Covid-19,” ujarnya. – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button