Nasional

Suami isteri bantu sedia PPE untuk barisan hadapan

PASANGAN suami isteri, Datuk Abdul Karim Mustafa dan Datin Haffiza Husni mengambil inisiatif menghasilkan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) barisan hadapan COVID-19.

Abdul Karim berkata, usaha kecil yang mereka lakukan adalah apabila melihat laporan barisan hadapan khususnya kakitangan perubatan kekurangan PPE.

Dalam merealisasikan inisiatif itu mereka turut dibantu oleh Datuk Radzuan Radziwill.

Dalam hantaran ke Facebook DK Mustafa,  Karim semalam berkata, bahan sudah diperolehi dan sebahagian telah siap dijahit.

Beliau juga memaklumkan kelengkapan itu dihantar ke termasuk Unit Pengurusan Jenazah Covid-19 Hospital Putrajaya.

Beliau berkata, kutipan masih diteruskan menerusi akaun Maybank 162441194064 – Nor Haffiza Husni dan akan terus disalurkan ke projek. – SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button