Luar Negara

Harimau Malaya positif Covid-19 selepas didapati batuk-batuk

SEEKOR harimau daripada spesis Harimau Malaya di  Zoo Bronx, New York didapati positif Covid-19.

Harimau yang diberi nama Nadia itu dibawa menjalani ujian Covid-19 selepas ia didapati batuk-batuk.

Seekor lagi harimau belang yang dianggap sebagai kakak kepada Nadia, iaitu Azul dan dua ekor hrimau amur dan tiga singa Afrika juga didapati mempunyai simptom yang sama.

Nadia dikatakan sakit sejak 27 Mac dan sudah menjali x-ray, ultrasound dan ujian darah untuk mengenal pasti apa yang berlaku kepadanya.

 “Walaupun mereka menunjukkan tanda kurang selera makan, harimua di Zoo Bronx dalam keadaan baik di bawah pemerhatian veterina.
“Tak dapat dipastikan bagaimana kesan wabak ini terhadap harimau kerana spesis berbeza memberikan reaksi berbeza terhadapat jangkitan seperti ini, dan kami akan terus memantau dan menjangkakan mereka akan pulih sepenuhnya,” demikian menurut kenyataan daripada zoo tersebut seperti yang dipetik dari AFP
Semua empat zoo dan akuarium di New York – yang kini mencatatkan jumlah kematian akibat Covid-19 lebih 4,000 orang – ditutup sejak 16 Mac.
Pihak zoo juga menegaskan tidak ada bukti bahawa binatang memainkan peranan dalam menyebarkan Covid-19 kepada manusia, kecuali apa yang berlaku di pasar Wuahn yang merupakan punca pandemik itu yang kini sudah merebak ke seluruh dunia.
Menurut laman web Jabatan Pertanian Amerika Syarikat tidak ada laporan haiwan peliharaan atau binatang yang sakit kerana virus corona di AS sebelum kes yang membabitkan Nadia.

“Namun masih dinasihatkan agar menusia yang dijangkiti Covid-19 mengehadkan kontak dengan haiwan sehingga maklumat lebih lanjut diketahui tentang virus itu,” demikian menurut laman web itu.

Pada hujung Mac lalu, seekor kucing peliharaan ditemukan terkena jangkitan virus corona di Belgium. Ia diikuti kes yang sama di Hong Kong yang mana melibatkan dua ekor anjing diuji positif Covid-19.

Semua haiwan tersebut disyaki terkena jangkitan virus itu daripada manusia yang memeliranya.

Zoo Bornx berkata, langkah berjaga-jaga telah diambil terhadap penjaga dan juga haiwan dalam semua zoo di bandar itu.

 

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button