Berita

COVID-19 hampiri tahap pandemic – WHO

APA yang amat dikhuatiri menghampiri kenyataan. COVID-19, satu wabak yang menular kini menghampiri tahap pandemik.

Memetik laporan ASTRO Awani, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, penyebaran wabak COVID-19 itu sudah menghampiri paras pandemic.

Namun begitu, menurut Ghebreyesus, penyebaran wabak yang menular di seluruh dunia itu masih boleh dikawal.

“Wabak ini sudah menyerang hampir seluruh dunia. Jika dilihat, ia boleh menjadi satu ancaman pandemic.

“Ini menjadikannya pandemik pertama dalam sejarah yang dapat dikawal. Namun begitu, kita masih terkesan akibat virus ini,” katanya.

Mengikut rekod terkini, COVID-19 telah menjangkiti lebih 100,000 orang mangsa dengan lebih 100 negara terjejas.

Untuk makluman pembaca SUARA MERDEKA, pandemic merupakan penyebaran penyakit berjangkit di seluruh dunia.

Wabak boleh dikategorikan sebagai pandemic apabila ia meliputi kawasan yang besar, menjangkiti sejumlah besar mangsa dan menyebabkan kematian yang ramai.

Dalam sejarah, terdapat beberapa kes yang pernah berada pada tahap pandemic iaitu cacar, tuberculosis dan black death yang membunuh lebih 75 juta orang.

Pada tahun 2009, pandemic selesema babi membunuh seramai 14,286 orang di seluruh dunia.

Sementara itu, perkembangan dalam negara, dua individu yang disahkan dijangkiti COVID-19 berada dalam keadaan kritikal.

Pengesahan ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .

ASTRO Awani melaporkan, Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kedua-dua individu tersebut, masing-masing sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor dan di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, Johor.

Dr. Noor Hisham bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kedua-dua pesakit berkenaan namun memaklumkan bahawa kedua-dua pesakit itu kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham turut menjelaskan, gelombang kedua wabak COVID-19 terus mencatat peningkatan kes apabila 18 lagi kes baharu dikesan.

Jumlah kumulatif kes, katanya, adalah sebanyak 117.

“KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan,” katanya. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button