Luar Negara

COVID-19 boleh dikawal dan diubati – Menteri Luar China

Penularan wabak COVID-19 yang telah meragut sejumlah 2,188 nyawa dan mencetuskan panik di seluruh dunia, boleh dikawal dan diubati, kata Menteri Luar China Wang Yi.

Bercakap di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai Penyakit Koronavirus di VIENTIANE, beliau berkata statistik menunjukkan terdapat penurunan mendadak dalam kes baharu virus itu di China, yang menyaksikan jumlah jangkitan COVID-19 telah merosot selama 15 hari berturut-turut manakala lebih 14,000 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital.

“Ini menunjukkan wabak itu boleh dikawal dan diubati. China yakin akan meraih kejayaan dalam perjuangan menentang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa China gagal menangani penularan wabak itu dengan baik.

China bukan sekadar melindungi rakyatnya tetapi juga orang lain di seluruh dunia,” katanya.

Mesyuarat khas itu diadakan untuk bertukar-tukar pandangan dan meneroka langkah serta kaedah baharu dalam menangani penularan wabak COVID-19 di rantau ini.

Mesyuarat serupa telah diadakan susulan penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

Pada mesyuarat itu, sebuah video telah dipertontonkan yang menunjukkan sokongan negara anggota ASEAN kepada China dalam memerangi virus berbahaya tersebut.

Para hadirin turut melaungkan ‘Stay strong Wuhan. Stay strong China. Stay strong ASEAN” di penghujung video itu.

Wang turut menzahirkan penghargaannya kepada rakan-rakan ASEAN yang telah menyokong dan berdiri bersama-sama China sejak penularan wabak itu.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button