fbpx
Luar Negara

COVID-19: 23 lagi kematian dicatat di Indonesia dalam tempoh 24 jam

INDONESIA mencatatkan 23 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto, jumlah kematian kini meningkat kepada 743 kes manakala jumlah kes positif virus itu ialah 8,882.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, terdapat sebanyak 275 tambahan kes positif baharu manakala 19,648 pesakit masih berada dalam pengawasan COVID-19,” katanya.

Provinsi Jakarta mencatat kematian tertinggi iaitu 353 kes diikuti Jawa Timur (87 kes), Jawa Barat (77), Jawa Tengah (58) dan selebihnya wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Pada masa sama India mencatatkan 45 lagi kematian akibat COVID-19 manakala kes positif bertambah sebanyak 1,554 sejak Sabtu malam, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 824 dan jumlah kes 26,496, lapor agensi berita Xinhua.


Menurut pegawai kementerian kesihatan dalam satu kenyataan pada Ahad, setakat ini 5,804 pesakit dibenarkan discaj.

“Jumlah kes aktif di negara ini buat masa sekarang ialah 19,868.”

Ahad merupakan hari ke-33 India menguatkuasakan kawalan pergerakan untuk mengurangkan rantaian jangkitan.

Sekatan pergerakan yang diumumkan pada 25 Mac lalu dilanjutkan sehingga 3 Mei.

Sementara itu, di Moscow, Rusia wabak COVID-19 sudah meragut 38 lagi nyawa dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban seramai 404 orang, kata pusat tindak balas koronavirus pada Sabtu.

Pada Jumaat, 41 kematian dicatatkan, lapor agensi berita Sputnik.

Keseluruhan 404 pesakit meninggal dunia setakat ini.

Amerika Syarikat mencatatkan 1,995 lagi korban akibat COVID-19 dengan lebih 36,100 kes positif, lapor agensi berita Sputnik.

Jumlah keseluruhan korban kini melebihi 53,300 orang, memetik data Johns Hopkins University pada Sabtu.

Pada Jumaat terdapat 3,332 kematian dan pada Khamis pula 2,139 dilaporkan meninggal dunia.

Data universiti turut menunjukkan 28,819 kes baharu didaftarkan setakat Jumaat.

Sementara Itali pada Sabtu melaporkan 415 kematian baharu akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, peningkatan harian terendah sejak 18 Mac, sekaligus memberi isyarat menggalakkan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Jumaat angka korban dicatatkan seramai 420 orang, menurut Jabatan Perlindungan Awam. Jumlah keseluruhan korban ialah 26,384 sejak wabak mula merebak di utara Itali, awal tahun ini.

Jumlah kes aktif pula 105,847 menurun sebanyak 680 berbanding hari sebelumnya, penurunan keenam berturut-turut. – BERNAMA

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button