Hiburan

Cik Epal akan ‘Mendonia’ lepas habis Iddah, tak nak duda marah

USAHAWAN terkenal dan kontroversi, Cik Epal, menyatakan kesediaannya untuk menerima tawaran berlakon serta kembali aktif dalam dunia perniagaan selepas tamat tempoh iddah. Pengumuman ini dibuat melalui hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

“Ada pengarah yang berminat untuk menjadikan saya pelakon atau cameo. Saya okey sahaja untuk terima,” kata Cik Epal dalam salah satu muat naiknya.

Beliau turut membuka pintu kepada kerjasama perniagaan dengan jenama-jenama yang berminat, namun menyatakan bahawa sebarang penglibatan akan dibuat selepas tempoh iddah selesai.

“Jenama yang nak ajak kolaborasi, boleh DM. Tapi saya hanya akan mula beraksi selepas habis iddah. Takut nanti duda saya marah pula, tuduh saya tiada maruah,” tulisnya dengan nada berseloroh.

Menurutnya, selepas tempoh iddah berakhir, beliau bersedia untuk kembali aktif dalam dunia perniagaan dan hiburan.

“Lepas iddah, saya akan kembali mendunia,” ujarnya dengan penuh semangat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button