Ekonomi

Cawangan terbaru Miniso berkonsepkan ‘Pink’ kini di Pavilion Bukit Jalil

DENGAN dekorasi berwarna merah jambu yang ceria berkeluasan cawangan 3,700 kaki persegi kini Miniso Pink Store pertama dibuka di Pavilion Bukit Jalil mencipta suasana impian yang selaras dengan esensi patung ikonik.

Ilham ini merupakan kolaborasi MINISO dan Barbie dengan pelbagai produk IP baru yang trendy dan suasana dalam kedai yang meriah, ia menggambarkan Falsafah Kegembiraan MINISO dan akan mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan bagi pembeli di Malaysia.

Bertemakan Pink Store menarik pengunjung hadir ke kedai tersebut

Menurut Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Gong, kedai ini mempunyai konsep tersendiri membeli belah sambil menikmati kegembiraan dengan setiap barangan yang ada kedai tersebut.

“Sebagai jenama kedai barangan kehidupan paling trend masa kini, tujuan Miniso adalah “Life is for Fun”, yang menggalakkan ‘Falsafah Kegembiraan’.

‘’Kali ini, kami memperkenalkan jenama IP yang popular untuk memasuki pasaran, dengan harapan dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih segar kepada pengguna dan menjadikan kedai ini sebagai mercu tanda baru yang menonjol di Malaysia, kami mengalu-alukan orang ramai untuk datang membeli-belah’’. Katanya.

Pelbagai Siri IP seperti DunDun Chicken, BT21, Minions dan Pokemon boleh didapati di sini! Kedai ini menarik pengunjung dengan dekorasi berwarna merah jambu yang ceria, mencipta suasana impian yang selaras dengan esensi patung ikonik.

Barangan Miniso bukan sahaja menjual mainan kanak-kanak, produk elektronik, makanan ringan, produk kebersihan, minyak wangi malahan kini mereka telah menambah produk kecatikan dengan harga berpatutan dari jenama yang terkemuka.


Ia sangat sesuai di setiap peringkat umur dari kanak-kanak berusia 5 tahun sehinggalah 70-an, Setiap produk yang dihasilkan oleh MINISO mesti mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan orang dan menawarkan kejutan serta keseronokan kepada pelanggan. Contohnya, siri “Blind Box” MINISO yang popular di seluruh dunia.

Untuk maklumat Miniso memulakan operasi dari negara asalnya iaitu China sejak 2013 kini mula berkembang menjadi antara jenama yang global.

Artikle Berkaitan :>

Kepentingan hubungan strategik dengan China dan Amerika demi merancakkan ekonomi – Anwar

Pengambilalihan Pavilion Bukit Jalil bertujuan memacu pertumbuhan untuk Pavilion REIT

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button