Cara Fazura respon rumah tangganya pada netizen, lebihkan posting ke arah Palestin
MENJAWAB dakwaan berhubung rumah tangga selebriti dan usahawan terkenal, Fazura dan Fattah Amin tampil menjelaskan kepada pengikutnya menerusi ruang komen di Instagram.
Melihat di ruangan komen ada yang bertanyakan di manakan Fattah dan anak perempuan mereka iaitu Fatima Aisyah yang kini dilihat jarang memuat naik gambar bersama.
Tidak melatah dengan komen netizen, Fazura membalas ruangan komen itu memaklumkan bahawa suami dan anaknya itu ada di rumah.
Menurut pelakon cantik itu, dia dan suaminya memilih untuk tidak terlalu berkongsi kebahagian di media sosial demi menjaga privasi keluarga.
Fazura yang terkenal dengan drama Lelaki itu lebih selesa dan memilih untuk membuat posting mengenai kejadian yang menimpa saudara Islam di Rafah, Palestin.
Untuk maklumat, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 da hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 4 tahun Fatima Aisyah.
Artikle Berkaitan :>
Tengku Permaisuri Selangor kurnia rantai istimewa buat anak Fazura, Fattah Amin
Selamat bersalin, Fazura dan Fattah Amin rahsiakan wajah bayi sulung