fbpx
Hiburan

Selamat bersalin, Fazura dan Fattah Amin rahsiakan wajah bayi sulung

PASANGAN pelakon popular, Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi khabar gembira selepas menimang cahaya mata sulung mereka hari ini.

Pasangan tersebut memaklumkan kehadiran bayi perempuan itu menerusi akaun Instagram mereka.

Turut disertakan dalam status tersebut adalah gambar tangan bayi berkenaan manakala wajah anak sulung mereka itu dirahsiakan.

Kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

“Terima kasih kami ucapkan buat semua yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan,” katanya.


Rakan-rakan artis turut menyatakan rasa gembira mereka dengan kelahiran bayi sulung pasangan tersebut antaranya Mira Filzah, Mimi Lana, Heliza Helmi, Siti Saleha, Yuna dan Rozita Che Wan.

Pasangan Fattah dan Fazura sebelum ini tidak pernah mendedahkan jantina anak kelahiran sulung mereka.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang dirahsiakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. -SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button