Hiburan

Tengku Permaisuri Selangor kurnia rantai istimewa buat anak Fazura, Fattah Amin

HUBUNGAN baik antara pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin dengan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman sudah diketahui umum sebelum ini.

Terbaharu, Tengku Permaisuri membuat kejutan terhadap pasangan selebriti itu apabila mengurniakan anak mereka, Nur Fatima Aisya seutas rantai berlian.

Tambah istimewa, rantai beserta loket berlian itu berbentuk huruf F yang juga bersempena dengan nama Fatima dan juga ulang tahun kelahiran pertama anak sulung pasangan selebriti itu..

Hadiah istimewa itu dikongsikan Fazura menerusi akaun Instagram selebriti itu. Turut dikongsikan ialah sekeping kad ucapan yang disertakan bersama hadiah tersebut.

“Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi,” tulis Tengku Permaisuri.

Fazura pula menganggap hadiah buat Fatimh daripada Tengku Permaisuri adalah sesuatu yang sangat istimewa.

“Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah.

“Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin,” katanya.

Nur Fatima merupakan anak sulung pasangan Fattah Amin dan Fazura yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu. -SM

(Visited 588 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button