Ekonomi

Caely berusaha pembekuan akaun banknya ditamatkan segera

KUALA LUMPUR 20 April – Caely Holdings Bhd (Caely), pengeluar domestik utama pakaian dalaman wanita, mengambil langkah segera bagi memastikan perniagaan berjalan seperti biasa dalam keadaan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat tersebut.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Caely, Lim Chee Pang berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perintah pembekuan semua akaun bank Kumpulan itu dan mahu memberi jaminan kepada semua pemegang saham bahawa langkah-langkah sedang diambil bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan dan memiliki daya tahan.

“Melepaskan pembekuan atau sebahagian bank akaun merupakan keutamaan besar kami. Kami berusaha melakukan semua kaedah bagi menyelesaikan masalah ini kerana kami perlu memastikan operasi perniagaan boleh berjalan.’’

“Kami perlu menjawab kepada pemegang saham mengenai cara perniagaan ini dijalankan. Lembaga Pengarah memantau situasi ini dengan teliti dan bekerja bersama-sama pihak pengurusan untuk melepaskan pembekuan bank akaun.’’ katanya dalam di sini hari ini.

Beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah berhubung dengan pihak berkuasa dan bersedia memberikan apa sahaja kerjasama atau bantuan yang diperlukan bagi menyelesaikan perkara ini.

Pada tahap ini, pihak pengurusan masih menilai impak daripada perintah pembekuan bank akaun.

‘’Kami sedang berusaha untuk langkah seterusnya, yang merangkumi langkah-langkah untuk memastikan operasi harian tidak terjejas. Kehidupan kakitangan Caely serta pembekal dan vendor juga tergugat,’’ kata Lim lagi.

Kumpulan juga memahami kebimbangan para pemegang saham dan berusaha seberapa pantas yang boleh untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit akibat pembekuan bank akaun dan akan membuat pengumuman yang perlu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad bila dan ketika terdapat perkembangan baharu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button