Nasional

Cabar Proklamasi Darurat ibarat menderhaka terhadap Agong

Sesiapa yang cuba mencabar kesahihan Proklamasi Daruat dengan membawa isu tersebut ke mahamah ibarat perbuatan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu ditegaskan Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang juga seorang pengamal undang-undang, Muhamad Nur Aizat Noor Azam.

Menurut Muhamad Nur Aizat, Proklamasi Darurat oleh YDPA di bawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku akibat penyakit berjangkit iaitu Covid-19.

“Perkataan ‘berpuas hati’ dan ‘boleh’ di dalam Perkara 150 (1) dan 150 (2B) tersebut memberi maksud bahawa YDPA mempunyai budi bicara dalam membuat sesuatu Proklamasi Darurat.

“Perlu ditekankan di sini bahawa tiada dinyatakan dalam mana-mana peruntukan di bawah Perkara 150 bahawa YDPA wajib bertindak di atas nasihat Kabinet ataupun Perdana Menteri dalam membuat apa-apa Proklamasi Darurat/Ordinan Darurat,” katanya.

Ujarnya lagi, YDPA juga sebelum ini pernah menolak nasihat kerajaan bagi satu Proklamasi Darurat yang dibawa oleh Perdana Menteri pada tahun lalu.

Katanya, tindakan mencabar terhadap nasihat yang diberikan oleh Kabinet atau Perdana Menteri kepada YDPA adalah suatu bentuk mencabar terhadap kesahihan Proklamasi Darurat tersebut dan Ordinan tersebut.

“Ini sudah semestinya tidak dibenarkan oleh peruntukan Perlembagaan Perseketuan iaitu suatu ‘ouster clause’ di bawah Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan (‘ouster clause tersebut’).

“Mahkamah hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tindakan undang-undang bagi mencabar nasihat yang diberikan oleh Kabinet atau Perdana Menteri kepada YDPA sekiranya ‘ouster clause’ tersebut didapati tidak sah (‘void’) oleh mahkamah.

“Dari sudut undang-undang, ‘ouster clause’ tersebut adalah sah dan berperlembagaan dan sebarang tindakan yang bercanggah dengan ‘ouster clause’ tersebut tidak boleh berdiri di sisi undang-undang.

“Saya berpandangan bahawa ‘ouster claus’e tersebut adalah konsisten dengan prinsip ‘Separation of Powers’ di mana institusi Kehakiman adalah dihalang daripada campur tangan dalam sebarang tindakan pihak Eksekutif yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Malah katanya, jika nasihat terutamanya dari Kabinet yang diberikan (di bawah Perlembagaan Persekutuan) (termasuk kewajaran (‘reasonableness’) dan ‘Proportionality’ nasihat tersebut) boleh dicabar dan dipersoal di mahkamah, sesebuah Kerajaan tidak boleh berfungsi dengan baik dalam mentadbir negara ini.

Jelasnya, perkara itu juga akan menyebabkan satu situasi ‘floodgate’ di mana cabaran terhadap setiap nasihat Eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan boleh dibawa dan dipersoalkan di mahkamah.

Tambahnya, pihak-pihak yang cuba mempertikai ini seharusnya memahami terlebih dahulu tujuan undang-undang Darirat wujud serta.

“Pada ketika ini, sebarang tindakan bertujuan politik semata-mata harus dihentikan supaya negara dapat menghadapi gelombang pandemik Covid-19,” katanya.

Terdahulu, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mencabar langkah pengisytiharan darurat yang dibuat kerajaan di mahkamah.

Beliau mendakwa, proklamasi darurat itu sebagai langkah terdesak dan melulu, tanpa sebarang asas kukuh, sehingga melebarkan jurang antara rakyat dan kerajaan. -SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button