Nasional

Asalkan Ada Penyakit Kronik, Mesti Takkan Terlepas Sebagai Alasan Untuk Meninggal Dunia!

Dari awal pandemik Covid-19 diperkenalkan kepada masyarakat seluruh dunia, sekiranya seseorang itu menghidap penyakit kronik dan disahkan positif Covid-19, mana pernah ada yang sembuh!

Cuba semak laporan berita seluruh negara termasuk dalam Malaysia sendiri, bersyukur kalau ada peratusan orang yang menghidap penyakit kronik ini berjaya bebas sepenuhnya daripada Covid-19.

Namun malangnya dari sehari ke shari, dari jatuh bangunnya petugas barisan hadapan sehingga lembik dan tidak berdaya tetapi digagahkan jua demi negara, drama tragis ini memasuki plot twist kedua.

BARU NAK BERGEMBIRA!

Sebaik sahaja rakyat diberi sedikit kelonggaran untuk menjalani aktiviti harian dan merancakkan semula kitaran ekonomi, nafas lega sempat dihirup untuk seketika.

Namun seperti jangkaan selepas melihat ramai orang kembali aktif buat kenduri dan berbasikal dengan gadis cantik, maka episod pandemik semakin mendebarkan.


Itu belum lagi masuk dengan satu keluarga yang bercuti sakan di kawasan pelancongan atau pulang ke kampung kerana yakin bebas daripada sebarang jangkitan.

ACCOUNT FACEBOOK KENA DISABLE!

Lantaran daripada segala drama yang berlaku ini, lantaran daripada membaca komen-komen netizen, sama ada menggunakan original atau fake account, wujud satu persepsi bebas.

Kebanyakan di antara mereka, ada di antara mereka, wujud di antara mereka.. menolak vaksin yang dikatakan mampu mencegah Covid-19.

Mereka berpendapat.. jika sekadar mencegah tetapi bukan untuk memusnahkan atau merawat penyakit tersebut, buat apa?

Lebih baik self-quarantin selama 14 hari sahaja jika itu sudah ditakdirkan berkesan seperti yang sedang dijalani ramai pesakit Covid-19 ketika ini.

Dalam kegusaran ini, penulis pernah memuat naik satu status mempersoalkan sejauh mana permulaan dan pengakhiran Covid-19 ini.

Adakah ia benar-benar wabak yang boleh dirawati atau sekadar satu alasan untuk memastikan seluruh umat manusia tunduk kepada agenda New World Order.

Dalam masa sama, mempersoalkan di manakah video-video first generation masyarakat Wuhan di China itu ketika ini kerana langsung tidak kelihatan.

Masihkah Kita Ingat?

Jika masih ingat pada awal tahun lalu, kita dihidangkan dengan video orang-orang Wuhan sesak nafas yang kritikal sampai berguling-guling di jalan raya.

Malangnya tidak sampai 48 jam, account Facebook penulis terus kena disable forever oleh pihak Facebook dengan alasan melanggar dasar privasi polisi mereka.

Faham bahawa mereka ingin wujudkan suasana media sosial yang positif dan bernilai tinggi tanpa elemen negatif tetapi harapannya, biarlah ia bukan sebahagian daripada agenda akhir zaman.

Mengungkap kembali persoalan di atas.. ada atau tidak orang-orang yang mengidap penyakit kronik bebas dan sembuh Covid-19?

Atau sememangnya mereka disasarkan untuk meninggal dunia dengan cara itu untuk mengurangkan populasi manusia? Ceritakanlah kebenaran daripada apa yang anda tahu!

P/s : Artikel melambangkan pemikiran dan prinsip penulis. Tidak melibatkan Suara Merdeka sebagai penyedia kandungan media serta berita semasa.

(Visited 74 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button