Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi berbanding semalam

BURSA Malaysia ditutup sedikit tinggi hari ini, ekoran aktiviti pembelian saham-saham berharga murah walaupun secara keseluruhan terdapat sentimen bercampur-campur dalam persekitaran pasaran serantau.

Ketika pasaran ditutup pada pukul 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.07 mata kepada 1,514.60 berbanding ketika ditutup pada Isnin di paras 1,512.53.

Ketika dibuka, indeks utama 3.20 mata lebih tinggi pada 1,515.73 dan untuk sesi urus niaga hari ini ia bergerak antara 1,511.85 dan 1,517.39.

Namun ketika ditutup kaunter rugi mengatasi untung dengan 657 berbanding 326 sementara 444 kaunter diniagakan tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4.38 bilion unit bernilai RM2.67 bilion daripada 4.82 bilion unit bernilai RM2.80 bilion pada petang penutupan urus niaga Isnin.


Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 4.22 peratus menjadi 25,086.43, Indeks Straits Times Singapura susut 0.01 peratus kepada 3,138.81, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.49 peratus kepada 27,970.22 dan Kospi Korea Selatan naik 0.24 peratus menjadi 3,232.53.

(Visited 20 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button