Hiburan

Bunga Citra Lestari positif Covid-19 selepas pulang bercuti di Bali

Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari memaklumkan yang dia kini positif Covid-19.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan singkatan nama BCL menerusi akaun Instagram miliknya.

“Saya baru sahaja mendapat keputusan hari ini yang saya positif COVID-19. Saya sekarang sedang mengasingkan diri dan insya-Allah saya akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

“Saya galakkan semua mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal selamat dan sihat. Tolong jaga diri dan orang yang tersayang

“Bina imun sistem badan dan ambil perkara ini sebagai satu hal yang serius. Jumpa anda nanti,” katanya.


Awal Jun lalu, BCL bersama rakan-rakannya sempat menghabiskan masa dengan bercuti di sebuah resort di Balik, Indonesia.

Sementara itu, rakan-rakan selebriti turut mendoakan BCL dan memberi kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut. -SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button