Politik
Trending

Bung Moktar, Jeffrey, Joachim dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah

PENUBUHAN Kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 menyaksikan tiga orang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Mereka adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Masing-masing sebelum ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Tambunan dan Kundasang pada PRN Sabah Sabtu lalu.

Mereka bertiga mengangkat sumpah secara berasingan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Sabah menyaksikan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi PRN pada Sabtu lalu dengan menguasai 41 kerusi DUN.

GRS menerusi komponennya Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PBS berjaya menewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang hanya mendapat 29 kerusi. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button