fbpx
Politik

Bung Moktar bagi jaminan projek Pan Borneo akan dipercepatkan

PROJEK lebuh raya Pan Borneo di Sabah akan dipercepatkan agar pelaksanaannya bergerak pantas sebagaimana projek di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelaksanaan Pan Borneo di Sabah hanya sekitar 20 peratus berbanding Sarawak yang sudah mencapai 50 peratus siap.

Oleh itu katanya, ia tidak masuk akal memandangkan kedua-dua negeri bergerak melaksanakan projek berkenaan bersama-sama.

Sehubungan itu, katanya, projek itu akan diperincikan secara spesifik untuk memastikan Pan Borneo di Sabah dapat dilaksanakan dengan pantas.

Katanya, ia bagi memastikan rakyat di Sabah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang baik seperti negeri-negeri yang lain.


“Kita sudah tertinggal berbanding Sarawak yang sudah melaksanakan projek Pan Borneo sekitar 50 peratus, sedangkan Sabah baharu 18 hingga 20 peratus.

“Nampak tidak masuk akal sedangkan kita sama-sama bergerak tapi kita ketinggalan. Kenapa Sarawak boleh, Sabah tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas masuk secara rasmi ke pejabatnya di Kementerian Kerja Raya bagi memulakan tugas rasminya di Kota Kinabalu.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button