fbpx
Uncategorized

Selesai hutang RM10 juta, MB Kedah lepaskan jawatan Presiden KFA

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada pihak lebih yang lebih layak.

Katanya, langkah itu diharap dapat memajukan lagi sukan bola sepak di Kedah.

Namun katanya, sebelum berbuat demikian beliau akan menyelesaikan masalah tunggakan hutang KFA berjumlah lebih RM10 juta terlebih dahulu.

“Selepas selesaikan semua hutang piutang KFA tinggalan pengurusan sebelum ini, saya bercadang menyerahkan urusan bola sepak kepada mereka yang lebih layak memikulnya.

“Ada ramai tokoh yang lebih layak untuk urusan ini. Saya akan kekal sebagai penyokong setia Hijau Kuning,” katanya menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.


Pada masa sama, Muhammad Sanusi juga bersedia mempertimbangkan cadangan berkaitan logo baharu Darulaman FC (DFC) yang dikemukakan peminat Hijau Kuning selepas mendapat kritikan.

“Ramai peminat pasukan Kedah hantaq mai (hantar) minta pilih logo-logo ini…InsyaAllah akan dipertimbangkan. Pada peringkat ini, Kedah kena selesai dulu keperluan untuk pendaftaran FC mengikut syarat-syarat ditentukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya.

KFA kata beliau, sentiasa menerima cadangan dan pandangan peminat, namun berharap ia tidak berlebihan.

“Cadangan dan pandangan sentiasa dialu-alukan…logo Kedah pun dah beberapa kali diubah dan setiap kali berubah, orang hentam macam-macam juga.

“Maki hamun ja tak boleh… ia mengurangkan pahala,” katanya. – SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button