Politik

Bukan hanya pandang Pulau Pinang, DAP mahu tentukan masa depan Malaysia

DAP yang duduk bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan PH/BN mahu rakyat sedar bahawa visi dan misi parti itu jauh mengatasi kepentingan kekal berkuasa di Pulau Pinang.

Sebaliknya bagi Lim Guan Eng, Pilihan Raya Negeri (PRN) ini penting untuk menentukan masa depan dan hala tuju Pulau Pinang dan Malaysia.

Tulis Guan Eng dalam Facebook miliknya, beliau berharap semoga mandat yang diberikan kelak dapat digunakan bagi memacu Pulau Pinang ke tahap yang lebih baik dari hari ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP Saudara Anthony Loke, misi Kerajaan Perpaduan PH/BN tidak hanya sekadar mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sahaja.

Malah, Kerajaan Perpaduan PH/BN mahu melihat tambahan negeri yang bakal mendapat perubahan kerajaan, selari dengan kerajaan Persekutuan.

Keputusan PRN ini kelak dapat memberikan lonjakan kepada politik negara yang lebih stabil, makmur dan maju ke hadapan.

Kerajaan negeri dan Persekutuan yang sehaluan akan membawa hasrat dan aspirasi sama dan dapat melaksanakan lebih banyak lagi program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Sdr Anthony Loke telahpun mengumumkan senarai penuh calon-calon DAP Pulau Pinang dan Kedah yang bakal bertanding di Pilihan Raya Negeri.

Senarai calon bagi negeri Kedah:

N11 Derga – Tan Kok Yew
N13 Kota Darul Aman – Teh Swee Leong

Senarai calon bagi negeri Pulau Pinang:

N07 Sungai Puyu – Phee Syn Tze
N08 Bagan Jermal – Chee Yeeh Keen
N09 Bagan Dalam – Kumaran Krishnan
N13 Berapit – Heng Lee Lee
N15 Padang Lalang – Daniel Gooi Zi Sen
N16 Perai – Dato Seri Sundarajoo
N19 Jawi – Jason H’ng Mooi Lye
N22 Tanjong Bunga – Zairil Khir Johari
N23 Air Putih – Lim Guan Eng
N25 Pulau Tikus – Joshua Woo Sze Zeng
N26 Padang Kota – Chow Kon Yeow
N27 Pengkalan Kota – Wong Yuee Harng
N28 Komtar – Teh Lai Heng
N29 Dato Keramat – Jadgeep Singh
N30 Sungai Pinang – Lim Siew Khim
N31 Batu Lancang – Ong Ah Teong
N32 Seri Delima – Connie Tan Hooi Peng
N33 Air Itam – Joseph Ng Soon Siang
N34 Paya Terubong – Wong Hon Wai

Tahniah kepada semua, teruskan kerja keras anda berjuang untuk rakyat dan kekalkan Kerajaan Perpaduan PH/BN di Pulau Pinang!

Kita Penang, Kita Boleh!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button