Bukan Hanya Kongsi Maklumat & Aspirasi Malah Ambil Maklum Isu Masyarakat – Zulkifli Bujang
Calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Bujang melihat pembangunan masyarakat setempat harus dibangunkan.
Zulkifli mendekati seramai mungkin warga DUN Larkin termasuk singgah di Pasar Terminal Bas Larkin.
Tulis Zulkifli, dia mengambil peluang itu berkongsi maklumat dan aspirasi selain mendapatkan maklum balas berhubung isu-isu masyarakat yang perlu diambil perhatian.
“Insyaallah, usaha yang berterusan untuk membangunkan masyarakat setempat akan terus dilakukan. Moga semuanya akan dipermudahkan. Insyaallah,” tulisnya.
Zulkifli berdepan pertandingan enam penjuru, menentang Mohd Hairi Mad Shah (Barisan Nasional), Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Parti Pejuang Tanah Air), Dr Zamil Najwah Arbain (PKR), Rasid Abu Bakar (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan NorRamadan Buan (Bebas).