Berita

Budi bahasa: Rais Yatim sekolahkan netizen

BEKAS Penasihat Sosio Budaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim ‘sekolahkan’ seorang pengguna Twitter, @elorakdsh apabila menggunakan bahasa kesat dalam media sosial.

Pengguna yang menggunakan nama Naomi dalam Twitternya sebelum itu mengkritik rakyat China yang mahu melancong ke negara lain seawal April walaupun pandemik Koronavirus (Covid-19) dunia masih belum reda.

Bagaimanapun, ciapan berkenaan yang dimuatnaik pada 26 Mac lalu mendapat perhatian Rais Yatim yang menyifatkan bahasa digunakan wanita itu kasar dan tidak sesuai dalam media sosial.

[BACA] Di China kehidupan kembali normal, penularan wabak sudah perlahan
[BACA] Tiada pelancong Wuhan, China ke Malaysia sejak 23 Januari — Suara Merdeka

“WargaNet mungkin tahu siapa punya tweet ni yang sudah lebih teruk bahasanya daripada penyangak Amerika.

“Rupa ada, tetapi budibahasanya ranap,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini.

Namun ciapan beliau dibalas Naomi yang menyedari teguran terhadap bahasa kasar digunakan dalam media sosial itu.

“Guys, atok siapa ni? Dia marah kita carut carut kat twisder. Jaga-jaga. Saya mungkin bakal menantu awak.

“Dan saya akan hasut suami saya suruh tinggalkan awak dekat rumah orang tua….*gelak jahat*,” selorohnya membalas ciapan Rais.

[BACA] Pelancong positif COVID-19 mati atas motosikal di Bali

Ciapan beliau mendapat perhatian, bagaimanapun respon yang diberi adalah keterlaluan dan tiada kesopanan langsung.

“Twitter bukan tempat Pak Rais kot?,” ciap @ibnzakuan.

“Maaf tetapi pergilah m#$%^& dengan kau punya budi bahasa,” ciap @AaaaTentuSekali.

“Pakcik gagal memahami denyut nadi rakyat Twitter ni,” ciap @lindeggar.

[BACA] Isu bahasa Melayu: MCA bukan DAP, kata Ka Siong — Suara Merdeka

“Hang ni awat…? Dah berpuluh tahun hidup. I learn that makian tak bermakna orang tu jahat.

“Yang lembut konon beradab itu yang bahaya penipu ular pendusta kalah syaitan. Kalau you don’t know this by now, you either naive atau hang ular,” ciap @HusinPantalon. – SM

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button