Luar Negara

Waktu berjemur yang sesuai jadi perdebatan di Indonesia

SEJAK wabak virus corona atau Covid-19 menular, masyarakat di Indonesia dianjurkan melakukan jarak sosial dengan diam di rumah.

Salah satu aktiviti yang dianjurkan di Indonesia adalah berjemur di pagi hari agar tetap sihat tanpa meminggirkan penjarakan sosial.

Namun, terjadi perdebatan waktu berjemur terbaik semakin ramai diperbincangkan di media sosial.

Ada yang menyebutkan waktu yang tepat untuk berjemur adalah di atas pukul 10 pagi, untuk mendapatkan hasil vitamin D dari sinar matahari.

Di sisi lain, ada pula yang menyanggah dan membantah bahawa sinar matahari yang paling baik untuk berjemur adalah pukul 7 hingga 9.30 pagi.

Perdebatan itu mengundang kebimbangan masyarakat, atas saranan masyarakat.

Dalam pada itu kerajaan Indonesia menyatakan jumlah pesakit COVID-19 terus meningkat iaitu kepada 2,092 kes iaitu 106 kes baharu.

Pesakit yang meninggal dunia pula bertambah 10 orang menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 191 orang.

Al Jazeera melaporkan Indonesia merupakan negara yang mencatatkan peratus kematian akibat  virus corona yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kadar kematian di negara itu ialaha 9.1 peratus berbanding purata kematian dunia iaitu 5.2 peratus.

Jika dibanding dengan negara serantau, Filipina mencatatkan 4.5 peratus kadar kematian, Malaysia 1.6 peratus dalam tempoh yang sama, walaupun kedua-dua negara mempunyai jumlah kes yang lebih tinggi.

Kira-kira 95 pekerja kesihatan di Jakarta, iaitu kawasan yang paling teruk terkena wabak telah terkena jangkitan menurut leporan Kompas.com pada 3 April.

Sekurang-kurangnya 13 orang telah meninggal dunia pada 2 April, menurut sumber kerajaan.

Daripada sifar jangkitan dan kematian pada Januari dan Februari, Indonesia kini berhadapan dengan peningkatan mendadak statistik jangkitan virus corona.

Pakar berkata, kelemahan sistem kesihatan, kekurangan alat perlibungan untuk petugas dan kadar ujian yang rendah menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi akibat virus itu di Indonesia yang merupaka negara dengan penduduk keempat paling ramai di dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, terdapat 2,813 hospital di seluruh negara dengan purata 12 katil untuk setiap 10,000 penduduk.

Juga dianggarkan terdapat 110,040 orang doktor untuk negara yang mempunyai lebih 260 juta penduduk. Iaitu kira-kira 260 doktor untuk setiap 10,000 penduduk.

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button