Luar Negarapilihan

Akibat ikuti trend ‘Blackout Challenge’ di TikTok, dua remaja meninggal dunia!

DUA remaja meninggal dunia gara-gara terpengaruh dengan Blackout Challenge, aplikasi popular TikTok menerima saman daripada ibu bapa yang diwakili Pusat Undang-Undang Mangsa Media Sosial.

Hal ini demikian kerana TikTok memiliki algorithm yang berbahaya seperti boleh menularkan trend Blackout Challenge dan ditiru oleh jutaan pengguna aplikasi berkenaan oleh pelbagai peringkat usia.

Hasil daripada sifat algorithm berkenaan, dua kanak-kanak iaitu Lalani Erika Walton, 8, dan Arriani Jalleen Arroyo, 9, dipercayai mencekik diri masing-masing sehingga tidak sedarkan diri.

Akibat perbuatan itu, dua kanak-kanak itu ditemui meninggal dunia pada 2001 dan iba bapa mangsa yakin trend Blackout Challenge adalah penyebabnya dan TikTok seharusnya bertanggungjawab.

TikTok adalah sebuah aplikasi yang dimiliki syarikat induk ByteDance yang berpusat di China dan aplikasi berkenaan memiliki fungsi ‘untuk paparan anda’ (FYP) bagi setiap kandungan yang menjadi trend.

Biarpun telah berbilion dolar dibelanjakan, aplikasi ini dilabelkan memiliki banyak perkara berbahaya yang terselindung kepada kanak-kanak serta remaja selain boleh mengganggu kesihatan mental pengguna.

Sehubungan itu, TikTok telah dihadapkan ke muka pengadilan di Los Angeles County, Amerika Syarikat, Jumaat lalu bagi sesi perbicaraan mengenai dakwaan yang dibuat oleh ibu bapa mangsa.

Terdahulu, tragedi sama turut menimpa kepada seorang gadis bernama Nyla Anderson dari Philadelphia yang juga ditemui meninggal dunia akibat terpengaruh dengan trend Blackout Challenge berkenaan.

(Visited 582 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button