Jenayah

Budak 16 tahun didakwa membunuh

KUANTAN: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke mahkamah majistret di sini hari ini atas kematian seorang budak lelaki berusia 11 tahun bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu, dirangka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa menyebabkan kematian Hafdan Mohd Qurbani Azhar di surau An-Nadwah, Kompleks Asrama Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat di sini, antara 3.45 petang dan 4.15 petang pada 20 Mac lalu.

Tertuduh tidak boleh dinamakan kerana dia masih di bawah umur.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Fadhlin Hani Khairon, manakala remaja itu diwakili peguam Datuk Mohd Najid Husain.

 

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button