fbpx
Ekonomi

Bubblebee tamatkan kerjasama dengan individu disyaki terlibat aktiviti ‘cuci duit’

SEBELUM ini memang kecoh dengan aktiviti jenayah ‘cuci duit’ yang berjaya dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga artis pun dipanggil untuk diberi keterangan bagi membantu siasatan.

Malah, beberapa individu yang ditahan reman SPRM ekoran kes berkenaan juga dipercayai terlibat perniagaan minuman Bubblebee yang diusahakan pelawak, Shuib sehingga empat premis minuman itu ditutup.

Susulan siasatan yang dijalankan juga telah memaksa Bubblebee untuk menutup empat cawangan iaitu di Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh kerana menjalin kerjasama dengan individu yang ditahan reman.

Pengarah Urusan Bubblebee, Dato Ismail berkata, Bubblebee Sdn Bhd sudah mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dan 12 daripadanya merupakan milik penuh Bubblebee manakala selebihnya dibuka secara usaha sama.

“Salah satu usahasama tersebut melibatkan usahawan vape terkemuka Mohamad Hafizzi
iaitu pengasas House of Vape bersama pasangannya Nikruasma Nik Ruzi atau lebih dikenali
di Instagram sebagai @babyanamoi serta Azman Arshad dari Taikun Vape.


“Ketiga-tiga individu ini bersama pengarah-pengarah kami telah memberi kerjasama
sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan satu siasatan yang dilakukan oleh pihak
berkuasa baru-baru ini,

“Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan oleh mereka, kesemua mereka tidak terlibat
dengan aktiviti yang tidak sihat.Mengikut maklumat yang diterima siasatan lanjut oleh
pihak berkuasa ke atas suspek yang disyaki juga sedang berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya memohon maaf kepada mereka kerana tindakan  nekad yang telah dilakukan sebelum ini untuk menamatkan perjanjian usahasama bagi empat cawangan tersebut.

Jelasnya, syarikat juga memohon kepada semua pihak untuk tidak lagi membuat sebarang spekulasi
terhadap mereka.

“Bagi mengakhiri kemelut ini, kami telah mencapai penyelesaian baik bersama dengan
Hafizzi beserta Nikruasma dan Azman untuk menamatkan usahasama bagi keempat-empat
cawangan Bubblebee tersebut.

“Penamatan bersama berdasarkan persetujuan baik ini berkuatkuasa serta-merta. Kesemua
cawangan di atas juga telah ditutup sementara waktu bagi melancarkan urusan
pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Pihak syarikat memohon maaf  khasnya kepada Hafizzi, Nikruasma dan Azman juga kepada semua pelanggan secara am yang terkesan akibat penutupan sementara keempat-empat cawangan tersebut,” ujarnya.

Menganggap apa yang berlaku agak pahit untuk ditelan bagi kedua-dua belah pihak tetapi ia
terpaksa dilakukan kerana pihak syarikat percaya nilai jenama amat penting dalam sesebuah perniagaan dan keputusan penyelesaian baik bersama ini diambil bagi mengekalkan kemandirian jenama Bubblebee untuk jangka masa panjang.

“Perlu saya tekankan, bahawa kelangsungan ini lebih penting berbanding mana-mana
individu dalam syarikat mahupun rakan usahasama dalam memenuhi kehendak pelanggan.

“Keputusan penyelesaian baik bersama ini juga diambil oleh mereka untuk menumpukan
sepenuh perhatian kepada perniagaan teras mereka. Selamat berjaya saya ucapkan. Jika ada
rezeki pasti ada peluang kerjasama lain pada masa akan datang bersama mereka,” jelasnya.

Tambahnya, pembukaan semula keempat-empat cawangan ini akan bermula pada 23 November ini
selepas proses pengambilalihan selesai. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button